Saturday 14 May 2016

skrip pengerusi majlis : latihan dalam perkhidmatan

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN:
SYUKURNYA MENJADI GURU, ANTARA TUGAS DAN AMANAH
TARIKH: 24 APRIL 2016 (SABTU)
TEMPAT : BILIK SEMINAR, SMK BINTULU
                                                  MASA: 7.30-12.00 TENGAH HARI            

CUE
SKRIP
House keeping
Assalamualaikum dan selamat pagi diucapkan kepada hadirin dan hadirat yang dihormati.

Sukacita saya ingin memaklumkan tentang perjalanan program  yang akan berlangsung sebentar lagi.

1. Tuan/Puan diminta untuk memastikan telah melakukan pendaftaran di kaunter yang telah disediakan.

2. Majlis kita akan dibahagikan kepada 3 slot iaitu :
Slot 1 : ceramah motivasi oleh ustaz ahmad mukarram sumaryo bin hilal.
Dengan tajuk syukurnya menjadi guru ,antara tugas dan amanah.
Slot 2 : perkhidmatan lembaga urusan tabung haji oleh encik kamaruzaman bin ismail, pegawai lembaga urusan tabung haji bintulu
Slot 3:sesi pembentangan laporan aktiviti tahunan baktis 2015.

3. Para hadirin diminta menukar mod telefeon bimbit ke mode senyap sepanjang program berlangsung.

4.Pada akhir majlis nanti,hadirin diminta untuk menghantar semula borang maklum balas kpd ajk daftar ust Tohirah.

Sekian, terima kasih.



Bismillahirahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t ,
salam sejahtera.
Salam keilmuan, dan salam 1 malaysia.

Yang Dihormati Encik Ananthan A/l Subramaniam,
Pengetua Cemerlang,
SMK Bintulu

Yang Dihormati En Rafie Bin Ismail,
Guru Pen Kanan Hal Ehwal Murid
Smk Bintulu

Yang dihormati En Wan Ishak Bin Wan Ahmad,
Guru Pen Kanan Kokurikulum,

Yang dihormati En Donny bin Dahlan
Guru Pen. Kanan Petang,

Yang Dihormati Ustaz Ahmad Mukarram Sumaryo bin Hilal,
Penceramah jemputan,

Yang Dihormati Encik Kamaruzaman Bin Ismail
Pegawai Lembaga Urusan Tabung Haji Bintulu

Yang Dihormati Pengerusi BAKTIS SMK Bintulu
Encik Mohd Sufian B Hashim dan EXCO BAKTIS sesi 2014-2016

Guru-guru Kanan,
para guru dan hadirin hadirat sekalian.

Selamat datang ke Latihan Dalam Perkhidmatan: Syukurnya menjadi guru,antara tugas dan amanah.
Lata aluan pengerusi majlis

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis dan secara tidak langsung kita dapat bersua muka, berkenal mesra dan dapat menyatukan idea untuk membina kecemerlangan BAKTIS.

Bacaan doa.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati majlis kita pada pagi, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput En Mohd Riduan Bt Che Ahmad untuk memimpin bacaan doa.
 Dipersilakan

(BACAAN DOA)

Amin-amin ya rabbal alamin.
Terima kasih diucapkan kepada En Mohd Riduan Bt Che Ahmad atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Ucapan oleh Pengerusi BAKTIS
Sidang hadirin yang budiman,

Sebagai pembuka tirai pada pagi ini, majlis diteruskan dengan mempersilakan Encik Muhd Sufian Bin Hashim, Pengerusi BAKTIS smk bintulu untuk menyampaikan ucapan alu-aluan

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

(UCAPAN ALUAN)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Encik Sufian atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Ucapan Perasmian
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami,
Kepada truan ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Dihormati En Ananthan A/L Subramaniam,Pengetua Cemerlang Smk Bintulu bagi menyampaikan ucaptama dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian syukurnya menjadi guru, antara tugas dan amanah.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.



Dengan Bismillah kita mulai,
Alhamdulillah wassolatu alannabi,
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Selesai sudah upacara merasmi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada
Pengetua Cemerlang En Ananthan A/L Subramnaiam atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Slot 1

Sidang Hadirin yang dimuliakan

Bagi memulakan Majlis syukurnya menjadi guru, antara tugas dan amanah pada pagi ini, majlis dengan ini menjemput Yang Dihormati Ustaz ahmad mukarrom sumaryo bin hilal untuk menyampaikan ceramah beliau.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas taklimat yang telah disampaikan sebentar tadi.


Sebagai tanda terima kasih, pihak majlis menjemput Tuan Pengetua diiringi Encik Sufian untuk menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Ahmad Mukarrom Sumaryo Bin Hilal

Dipersilakan

PENYAMPAIAN HADIAH

Terima kasih kepada tuan pengetua atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi

Minum pagi
Hadirin sekalian,
Majlis ditangguhkan seketika untuk jamuan minum pagi yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

Tetamu VIP dijemput untuk ke bilik santapan rasmi manakala para guru dan staff dijemput ke dewan cenderawasih untuk menikmati sedikit jamuan ringan yang telah disediakan.

Untuk makluman hadirin, Majlis akan diteruskan semula sekitar pukul 11.00 pagi untuk
slot kedua.
Sekian, terima kasih.


Slot  2:
Bismilllahirahmanirahim,

Majlis syukurnya menjadi guru antara tugas dan amanah diteruskan semula pada pagi ini.

Tanpa melengahkan masa lagi, slot kedua pada pagi ini akan disampaikan oleh
Encik Kamaruzaman Bin Ismail, Pegawai Lembaga Urusan Tabung Haji Bintulu
.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas taklimat yang telah disampaikan sebentar tadi.

Sebagai tanda terima kasih, pihak majlis menjemput tuan pengetua diiringi Encik Sufian untuk menyampaikan cenderahati kepada Encik Kamaruzaman Bin Ismail

Dipersilakan

PENYAMPAIAN HADIAH

Terima kasih kepada tuan pengetua atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi
Slot 3:

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Bagi slot ketiga adalah sesi pembentangan laporan aktiviti tahunan baktis.
Saya menyerahkan majlis kepada setiausaha BAKTIS untuk mengendalikan  majlis.
Dipersilakan.

Penyampaian cenderamata
Hadirin hadirat yang dihormati,

Kini tibalah aturcara seterusnya iaitu pemberian cenderamata kepada ahli Baktis yang baru sahaja berkahwin dan dikurniakan cahayamata.

Sehubungan itu, majlis mempersilakan Pengerusi Baktis mengiringi Tuan Pengetua bagi menyempurnakan upacara penyampaian cenderamata.
Di persilakan.



Dipersilakan:

1.     En hafizudin bin ghozali yang baru sahaja mendirikan rumahtangga
2.     Puan  hanim hartini yang telah dikurniakan cahayamata lelaki.


Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada pengerusi baktis dan Tuan Pengetua yang telah sudi menyempurnakan penyampaian cenderamata sebentar tadi.

Penutup/ makan tengah hari/
Hadirin sekalian,

Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan

Acara kita sampai ke penghujung. Saya bagi pihak majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua tetamu dan guru-guru dan yang menghadiri majlis syukurnya menjadi guru antara tugas dan manah.

Sekalung budi,
Segunung Penghargaan juga ditujukan kepada AJK Pelaksana yang telah bertungkus lumus membuat persiapan untuk memastikan majlis kita berjalan lancar.

Seandainya, terdapat kekhilafan dan kesalahan dari segi tuturkata, lengok bicara atau renungan mata – sepuluh jari disusun, seribu kemaafan dipohon.

Majlis sekali lagi ingin menjemput para hadirin untuk jamuan makan tengah hari yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

Tetamu VIP dijemput untuk ke bilik santapan rasmi manakala para guru dan staff dijemput ke dewan cenderawasih untuk menikmati makan tengah hari yang telah disediakan.

Para hadirin,
Marilah kita sama-sama menangguhkani majlis dengan membaca tasbih kafarah dan surah al asr….

SUB HAA NA KALLAH HUM MA WABI HAM DI KA ASY HA DU AN LA ILA HA ILLA ANTA ASTAGH FI RU KA WA ATU BU ILAIK... Wal Asr…

......................
Sekian terima kasih.. assalamualaikum WBT



RPH Matematik Tingkatan 2 : bab 6 : Teoram Phytagoras



Rancangan Pengajaran Harian 2016

Hari
Isnin
Tarikh
18/4/2016
Kelas
2 I
Kehadiran pelajar

Waktu

Tempoh/Minit
..... minit
Bidang
( )Nombor( )Perkaitan( )Bentuk Dan Ruang
Topik
Bab 6: Theoram Phytagoras
Objektif
Pelajar akan diajar untuk:
1.memahami hubungan antara panjang sisi bagi segitiga bersudut tegak.
Profesiensi Matematik
( )kefahaman konseptual( ) kefasihan prosedur ( ) komptensi strategik
( )kesesuaian penaakulan ( )kegunaan yang produktif
Hasil Pembelajaran
Pada akhir pdp, pelajar dapat:
1.Mengenal pasti hipotenus bagi segitiga bersudut tegak.
2.Menentukan hubungan bagi panjang sisi untuk segitiga bersudut tegak.
3.Mencari panjang sisi segitiga bersudut tegak apabila panjang sisi tidak diberi dengan menggunakan theoram phytagoras.
Pengetahuan sedia ada
1.kuasa dua dan punca kuasa dua. 3, algebra
2.bentuk segitiga bersudut tegak
KBKK
( )Membuat inferens( )Mencari semua penyelesaian yang mungkin( )Menganggar
( )Menterjemah ( )Membuat gambarajah ( )Mentafsir( )Memproses secara mental ( )Mengelas
( )Mengecam perhubungan( )Cubajaya( )Mengecam pola( )Menyusun atur
( )Membanding dan membeza
Nilai murni
Menumpukan perhatian/kerjasama/kebersihan /menghargai masa.
Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran
Rujukan
Buku Teks Tingkatan 2/Akses PT3 Pentaksiran T3(matematik T2)
Alat
kalkulator/papapn putih mini/marker pen/rajah segitiga
Bahan
Gambar/Soalan Kuiz/ set soalan.
Kaedah Pengajaran
( )Induksi( )deduksi( )inkuiri penemuan( )perbincangan( )penyoalan( )kerja amali
( ) ekspositori (penerangan/bercerita/demo) ( )penyelesaian masalah.
Refleksi
Kehadiran pelajar:…../…..

Jumlah pelajar yang menguasai objektif pdp: …./….
Pengukuhan/tindakan susulan aktiviti pengayaan bagi pelajar yang menguasai objektif:
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Jumlah pelajar yang tidak mencapai objektif pdp: …./….
Pengukuhan/tindakan susulan aktiviti pengayaan bagi pelajar yang tidak menguasai objektif:
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..







Perkembangan Pengajaran
Kandungan /Konsep
Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Bentuk komunikasi
Tindakan Guru
Aktiviti Murid

Fasa 1

Set Induksi
(5 Minit)























Kenalpasti bentuk segitiga bersudut 3.

Hanya segitiga bersudut tegak yang akan diperincikan kerana ia ada kaitan dengan theorem phytagoras.
Segitiga bersudut tirus
Segitiga bersudut cakah
Segitiga bersudut tegak
tegak.






Segitiga bersudut tirus-semua sisi bersudut tirus-kurang dari 90
Segitiga bersudut cakah-1 sudut bersudut cakah-lebih dari 90
Segitiga bersudut tegak -1 sudut bersudut 90
1.Guru menunjukkan laluan pelajar bernama Alan untuk pergi ke sekolah.

rumah-sekolah 5km
rumah-kedai-sekolah 3km+4km

2.Guru meminta pelajar melukis garisan yang menghubungkan laluan alan untuk ke sekolah.
3.Guru meminta pelajar menamakan bentuk poligon yang terbentuk.
2.Guru meminta pelajar mengukur sudut (jika pelajar boleh menjawab segitiga bersudut tegak)

Theorem maksudnya?
Phytagoras?

Cuba buat gerakan yang membentuk segitiga bersudut tegak.
Membentuk huruf L .

1.Pelajar membuat pemerhatian dan cuba mencari ciri-ciri segitiga yang dipamerkan.

.


Fasa 2

Perkembangan
Aktiviti 1
 (30 minit)


1.Mengenalpasti hipotenus bagi segitiga bersudut tegak.

Dalam sebuah segitiga bersudut tegak,sisi yang bertentangan dengan sudut tegak dinamakan hipotenus.
Hipotenus ialah sisi yang terpanjang.

2.Menentukan hubungan bagi panjang sisi untuk segitiga bersudut tegak.

3.Mencari panjang sisi segitiga apabila panjang sisi tidak diberi dengan menggunakan teoram pythagoras.

Mengubahsuai teoram.

(Number heads together)

1.Guru mengarahkan pelajar untuk membentuk kumpulan yang terdiri 4 orang.

2.Guru memberikan lembaran dan kertas jawapan kepada setiap kumpulan beserta kad nombor kepada setiap pelajar dalam kumpulan.

3.Guru memberi arahan untuk menyelesaikan soalan yang diberikan melalui perbincangan dalam kumpulan dalam masa 5 minit. Selepas itu, guru akan memanggil satu nombor,dan pelajar yang memegang nombor tersebut hendaklah menunjukkan jawapan di papan putih.


1.Pelajar memberi kerjasama bergerak mencari kumpulan masing-masing.

2.Setiap kumpulan akan memperoleh 1 set soalan dan setiap pelajar akan memperoleh kad nombor masing-masing.

3.Pelajar mendengar arahan guru dengan teliti dan bekerjasama menyelesaikan masalah.

4.Pelajar bersedia untuk membentangkan jawapan.


Fasa 3

Aplikasi

Aktiviti 2
(25 Minit)

(kuiz individu)


Menguji kefahaman pelajar melalui soalan kuiz individu.

1.Guru mengarahkan pelajar untuk kembali ke tempat masing-masing
2.Setelah memastikan pelajar bersedia, guru  akan mengedarkan soalan kuiz kepada setiap pelajar untuk dijawap secara individu dalam masa 5 minit.

2.Kemudian jawapan akan disemak dengan meminta pelajar menukar kertas soalan kuiz bersama pasangan masing-masing.



1.Pelajar mengambil soalan dan menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh.


2.Pelajar bersikap jujur ketika menyemak jawapan pasangan masing-masing.







Fasa 4

Penutupan

(Pentaksiran)
 (10 minit)


Kesimpulan pembelajaran pada hari ini tentang teorem pythagoras.


                                   

1.Guru memanggil beberapa orang pelajar untuk untuk menyatakan apa yang mereka telah pelajari hari ini.
(imbas kembali hasil pembelajaran)

2.Guru memberikan kerja rumah buku kerja.

1.Pelajar berdiri dan cuba mengimbas kembali apa yang telah mereka pelajari.










untuk kelas lemah, formula dinyatakan dalam bentuk hipotenus^2=sisi^2+sisi^2 berbanding guna 
c^2-a^2+b^2