Saturday 14 May 2016

skrip pengerusi majlis : latihan dalam perkhidmatan

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN:
SYUKURNYA MENJADI GURU, ANTARA TUGAS DAN AMANAH
TARIKH: 24 APRIL 2016 (SABTU)
TEMPAT : BILIK SEMINAR, SMK BINTULU
                                                  MASA: 7.30-12.00 TENGAH HARI            

CUE
SKRIP
House keeping
Assalamualaikum dan selamat pagi diucapkan kepada hadirin dan hadirat yang dihormati.

Sukacita saya ingin memaklumkan tentang perjalanan program  yang akan berlangsung sebentar lagi.

1. Tuan/Puan diminta untuk memastikan telah melakukan pendaftaran di kaunter yang telah disediakan.

2. Majlis kita akan dibahagikan kepada 3 slot iaitu :
Slot 1 : ceramah motivasi oleh ustaz ahmad mukarram sumaryo bin hilal.
Dengan tajuk syukurnya menjadi guru ,antara tugas dan amanah.
Slot 2 : perkhidmatan lembaga urusan tabung haji oleh encik kamaruzaman bin ismail, pegawai lembaga urusan tabung haji bintulu
Slot 3:sesi pembentangan laporan aktiviti tahunan baktis 2015.

3. Para hadirin diminta menukar mod telefeon bimbit ke mode senyap sepanjang program berlangsung.

4.Pada akhir majlis nanti,hadirin diminta untuk menghantar semula borang maklum balas kpd ajk daftar ust Tohirah.

Sekian, terima kasih.



Bismillahirahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t ,
salam sejahtera.
Salam keilmuan, dan salam 1 malaysia.

Yang Dihormati Encik Ananthan A/l Subramaniam,
Pengetua Cemerlang,
SMK Bintulu

Yang Dihormati En Rafie Bin Ismail,
Guru Pen Kanan Hal Ehwal Murid
Smk Bintulu

Yang dihormati En Wan Ishak Bin Wan Ahmad,
Guru Pen Kanan Kokurikulum,

Yang dihormati En Donny bin Dahlan
Guru Pen. Kanan Petang,

Yang Dihormati Ustaz Ahmad Mukarram Sumaryo bin Hilal,
Penceramah jemputan,

Yang Dihormati Encik Kamaruzaman Bin Ismail
Pegawai Lembaga Urusan Tabung Haji Bintulu

Yang Dihormati Pengerusi BAKTIS SMK Bintulu
Encik Mohd Sufian B Hashim dan EXCO BAKTIS sesi 2014-2016

Guru-guru Kanan,
para guru dan hadirin hadirat sekalian.

Selamat datang ke Latihan Dalam Perkhidmatan: Syukurnya menjadi guru,antara tugas dan amanah.
Lata aluan pengerusi majlis

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis dan secara tidak langsung kita dapat bersua muka, berkenal mesra dan dapat menyatukan idea untuk membina kecemerlangan BAKTIS.

Bacaan doa.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati majlis kita pada pagi, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput En Mohd Riduan Bt Che Ahmad untuk memimpin bacaan doa.
 Dipersilakan

(BACAAN DOA)

Amin-amin ya rabbal alamin.
Terima kasih diucapkan kepada En Mohd Riduan Bt Che Ahmad atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Ucapan oleh Pengerusi BAKTIS
Sidang hadirin yang budiman,

Sebagai pembuka tirai pada pagi ini, majlis diteruskan dengan mempersilakan Encik Muhd Sufian Bin Hashim, Pengerusi BAKTIS smk bintulu untuk menyampaikan ucapan alu-aluan

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

(UCAPAN ALUAN)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Encik Sufian atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Ucapan Perasmian
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami,
Kepada truan ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Dihormati En Ananthan A/L Subramaniam,Pengetua Cemerlang Smk Bintulu bagi menyampaikan ucaptama dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian syukurnya menjadi guru, antara tugas dan amanah.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.



Dengan Bismillah kita mulai,
Alhamdulillah wassolatu alannabi,
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Selesai sudah upacara merasmi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada
Pengetua Cemerlang En Ananthan A/L Subramnaiam atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Slot 1

Sidang Hadirin yang dimuliakan

Bagi memulakan Majlis syukurnya menjadi guru, antara tugas dan amanah pada pagi ini, majlis dengan ini menjemput Yang Dihormati Ustaz ahmad mukarrom sumaryo bin hilal untuk menyampaikan ceramah beliau.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas taklimat yang telah disampaikan sebentar tadi.


Sebagai tanda terima kasih, pihak majlis menjemput Tuan Pengetua diiringi Encik Sufian untuk menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Ahmad Mukarrom Sumaryo Bin Hilal

Dipersilakan

PENYAMPAIAN HADIAH

Terima kasih kepada tuan pengetua atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi

Minum pagi
Hadirin sekalian,
Majlis ditangguhkan seketika untuk jamuan minum pagi yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

Tetamu VIP dijemput untuk ke bilik santapan rasmi manakala para guru dan staff dijemput ke dewan cenderawasih untuk menikmati sedikit jamuan ringan yang telah disediakan.

Untuk makluman hadirin, Majlis akan diteruskan semula sekitar pukul 11.00 pagi untuk
slot kedua.
Sekian, terima kasih.


Slot  2:
Bismilllahirahmanirahim,

Majlis syukurnya menjadi guru antara tugas dan amanah diteruskan semula pada pagi ini.

Tanpa melengahkan masa lagi, slot kedua pada pagi ini akan disampaikan oleh
Encik Kamaruzaman Bin Ismail, Pegawai Lembaga Urusan Tabung Haji Bintulu
.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas taklimat yang telah disampaikan sebentar tadi.

Sebagai tanda terima kasih, pihak majlis menjemput tuan pengetua diiringi Encik Sufian untuk menyampaikan cenderahati kepada Encik Kamaruzaman Bin Ismail

Dipersilakan

PENYAMPAIAN HADIAH

Terima kasih kepada tuan pengetua atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi
Slot 3:

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Bagi slot ketiga adalah sesi pembentangan laporan aktiviti tahunan baktis.
Saya menyerahkan majlis kepada setiausaha BAKTIS untuk mengendalikan  majlis.
Dipersilakan.

Penyampaian cenderamata
Hadirin hadirat yang dihormati,

Kini tibalah aturcara seterusnya iaitu pemberian cenderamata kepada ahli Baktis yang baru sahaja berkahwin dan dikurniakan cahayamata.

Sehubungan itu, majlis mempersilakan Pengerusi Baktis mengiringi Tuan Pengetua bagi menyempurnakan upacara penyampaian cenderamata.
Di persilakan.



Dipersilakan:

1.     En hafizudin bin ghozali yang baru sahaja mendirikan rumahtangga
2.     Puan  hanim hartini yang telah dikurniakan cahayamata lelaki.


Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada pengerusi baktis dan Tuan Pengetua yang telah sudi menyempurnakan penyampaian cenderamata sebentar tadi.

Penutup/ makan tengah hari/
Hadirin sekalian,

Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan

Acara kita sampai ke penghujung. Saya bagi pihak majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua tetamu dan guru-guru dan yang menghadiri majlis syukurnya menjadi guru antara tugas dan manah.

Sekalung budi,
Segunung Penghargaan juga ditujukan kepada AJK Pelaksana yang telah bertungkus lumus membuat persiapan untuk memastikan majlis kita berjalan lancar.

Seandainya, terdapat kekhilafan dan kesalahan dari segi tuturkata, lengok bicara atau renungan mata – sepuluh jari disusun, seribu kemaafan dipohon.

Majlis sekali lagi ingin menjemput para hadirin untuk jamuan makan tengah hari yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

Tetamu VIP dijemput untuk ke bilik santapan rasmi manakala para guru dan staff dijemput ke dewan cenderawasih untuk menikmati makan tengah hari yang telah disediakan.

Para hadirin,
Marilah kita sama-sama menangguhkani majlis dengan membaca tasbih kafarah dan surah al asr….

SUB HAA NA KALLAH HUM MA WABI HAM DI KA ASY HA DU AN LA ILA HA ILLA ANTA ASTAGH FI RU KA WA ATU BU ILAIK... Wal Asr…

......................
Sekian terima kasih.. assalamualaikum WBT



No comments:

Post a Comment